Babi sebagai ancaman alam sekitar dan kesihatan Babi

Babi diketahui sebagai inang dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya, termasuk sebagai inang berkembangnya virus H5N1, virus flu burung yang sangat berbahaya, kemudian babi menularkannya kepada manusia. Selain itu sistem biokimia babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya, menyebabkan ia haiwan yang sangat kotor[9].

Perladangan moden babi boleh didapati di seluruh Eropah dan berkembang ke Asia seperti Indonesia, Malaysia dan Jepun. Najis babi yang dilepaskan (seperti New Zealand) dikenal pasti sebagai menyebabkan kerosakan yang amat teruk kepada alam sekitar[10] [11]. Di Australia, para bijak pandai saintis memberi amaran babi-babi yang mengancam peladang dan alam sekitar. Pakar di Queensland mengatakan populasi babi yang tidak terkawal menyebabkan kerosakan tak terkata terhadap tanaman dan mengancam hidupan liar. Terdapat 23 juta babi di Australia yang bermaksud lebih babi dari penduduk Australia[12].

Dalam kes terbaru pada tahun 2008 yang berlaku di sebuah hospital di Washington,Amerika Syarikat,sekumpulan doktor pakar yang sedang melakukan pembedahan membuang tumor otak pesakit wanita berasa amat terkejut selepas mereka mendapati terdapat seekor cacing yang keluar bersama dengan tumor lebihan dari pesakit itu.Pesakit yang merupakan warga Amerika Syarikat yang berasal dari Arizona,Rosemary Alvarez menjalani pembedahan membuang tumor otak selepas mengalami kesakitan pada tangan dan penglihatannya menjadi kabur.

Selepas melakukan ujian imbasan X-Ray,doktor pakar memutuskan untuk melakukan kerja-kerja pembedahan tetapi terkejut selepas mendapati seekor cacing telah berjaya menembusi otak Alvarez.Para doktor juga berpendapat kehadiran cacing itu, besar kemungkinan adalah disebabkan oleh kesan daripada makan daging babi yang tidak masak dan banyak atau mungkin disebabkan oleh sebaran kotoran dari individu yang tidak mencuci tangan selepas memegang najis dan selepas menggunakan tandas. Alavarez yang dijangka pulih sepenuhnya selepas pembedahan itu berharap agar orang ramai akan mengambil iktibar dari pengalamannya itu.[13]


  1. The 10 smartest animals - How do humans compare to other intelligent creatures? - Pigs are wise ... and clean
  2. (Inggeris) Why Pig Organs Could Be the Future of Transplants.
  3. (Inggeris) New pig virus found to be a potential threat to humans., May 14, 2018 by Misti Crane, The Ohio State University.
  4. (Inggeris) Tapeworm infection - beef or pork.
  5. Feral Pig / Hog / Pig / Wild Boar Hunting
  6. 1 2 3 ADW: Sus scrofa: Information
  7. 1 2 Pigs (2006)
  8. Managing Heat Stress In Outdoor Pigs
  9. Disarikan oleh Mulyorini Rahayuningsih bersumber dari Ibrahim Ali Ahmad, "Mengapa babi haram?", Jurnal Halal Edisi 58, 2006
  10. Alien Species Threaten Hawaii's Environment.
  11. Introduced Birds and Mammals in New Zealand and Their Effect on the Environment.
  12. Australia diancam babi liar, BBC, 13 Oktober 2007
  13. [http://abcnews.go.com/Health/PainManagement/story?id=6309464&page=1It's Not a Tumor, It's a Brain Worm - Doctor Surprised to Find a Worm Living Inside a Woman's Brain]

Rujukan

WikiPedia: Babi http://www.kidcyber.com.au/topics/farmpiggies.htm http://abcnews.go.com/Health/PainManagement/story?... http://www.gunnersden.com/index.htm.shooting-hunti... http://www.nbcnews.com/id/24628983/ns/technology_a... http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=9E0... http://time.com/5159889/why-pig-organs-could-be-th... http://www.depts.ttu.edu/porkindustryinstitute/res... http://animaldiversity.ummz.umich.edu/site/account... http://www.halalguide.info/content/view/268/38/ http://www.nzetc.org/tm/scholarly/tei-Bio27Tuat02-...